Search This Blog

JALAN-JALAN SKHH

HARI PELAPORAN & PROGRAM MEDIATHON

Wednesday, July 14, 2010

Pada 30 Jun 2010, SK Haji Hasan telah mengadakan Hari Pelaporan dan Pelancaran Mediathon...


Perasmian MEDIATHON telah dirasmikan oleh

YB DATO' SAMSUDIN BIN ABU HASAN.




Pada hari tersebut juga, beliau telah menyerahkan sumbangan RM3000 kepada sekolah untuk menjayakan Program Motivasi dan murid Tahun 6
2010.





MATLAMAT PROGRAM MEDIATHON:

Mewujudkan komuniti bermaklumat. Guru menggunakan ICT sebagai bahan bantu mengajar. Murid menggunakan ICT sebagai sumber pencarian maklumat. Slogan 'Maklumat Di Hujung Jari' menjadi asas.





OBJEKTIF:

Hasil Daripada Program ini Adalah Diharapkan Dapat:



  1. Menyediakan 10 buah komputer.


  2. Menambahkan perisian Pengajaran dan Pembelajaran.


  3. Menambahkan Bahan Bacaan ICT.


  4. Menyenggara Peralatan ICT


  5. Membina konsep rasa sayang dan kasihkan sekolah dikalangan guru, pelajar dan ibubapa serta penjaga seterusnya masyarakat setempat.


Merealisasikan "Komuniti Berilmu Perak Terbilang"

Read more...

Notis Mesyuarat Agung Kali Ke-25

Monday, March 22, 2010

Dengan Hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuarat agung SK. Hj. Hasan Kali ke-25 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh :
27.03.2010 (Sabtu)

TEMPAT :
Dewan Terbuka SK. Hj. Hasan.

Masa:
8.30 Pagi

Semua ibu bapa dan penjaga dijemput hadir.

Read more...

Majlis Sambutan Maulidurrasul Peringkat Sekolah

Friday, March 5, 2010

Pada 4 Mac 2010, Hari Khamis bersamaan 18 Rabiulawal, SK Haji Hasan dengan jayanya telah mengadakan Sambutan Maulidurrasul. Sambutan ini dimulakan dengan perarakan bacaan Selawat oleh murid-murid dan guru-guru SK Haji Hasan. Selepas itu majlis mengadakan sedikit tahlil bersempena dengan keberangkatan Puan Zakiah bt. Din ke Mekah untuk mengadakan umrah.


Program diteruskan lagi dengan forum maulidurrasul. Ahli-ahli panel forum ini terdiri daripada guru-guru pendidikan islam iaitu Puan Zaitun Bt. Nawang, Puan Siti Fatimah Wati Bt. Hj. Ahmad, En. Mohd Afizee Bin Yusoff, Puan Fatimah Bt. Hj. Ramli dan saya sendiri, Nurul Hazwani bt Basharuddin. Majlis Sambutan Maulidurrasul ini merupakan peluang dan kesempatan untuk menyebarkan sirah Rasul junjungan kita. Dengan ini, murid-murid mendapat pengetahuan dan mengingatkan mereka mengenai Rasulullah dan akhlak baginda.

Selepas Jamuan makan, aktiviti seterusnya adalah pertandingan melaungkan azan yang disertai oleh murid tahap 2, pertandingan jawi bagi tahap 1, dan pertandingan nasyid terbuka untuk tahap 2... Pertandingan yang diadakan dapat mencungkil bakat murid-murid dalam kepakaran mereka.

Acara diakhiri dengan majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Setiap peserta yang mengambil bahagian diberikan sijil penyertaan.

Pada minggu depan acara akan diteruskan lagi dengan soalan kuiz terbuka berkenaan sirah nabi.

Semoga program sebegini dapat meningkatkan kecintaan dan penghormatan buat junjungan besar NABI MUHAMMAD SALLALLAHU ALAIHI WASALLAM. Allah telah berfirman kepada Rasulullah (s.a.w) untuk mengingatkan ummatnya yang mengakui mencintai Allah, untuk mencintai NabiNya dan katakanlah kepada mereka,"Jika kamu mencintai Allah, ikutlah (dan cintai dan hormati) aku, dan Allah akan mencintai kamu" (3:31)

Perarakan Maulidurrasul



jamuan makan murid




jamuan guru



Pertandingan Melaungkan Azan


Pertandingan Membaca Jawi



Pertandingan Nasyid

Read more...

SALAM MAULIDUR RASUL....!

Friday, February 26, 2010




Sallalahu Ala Muhammad!

Sallalahu Alaihi Wassallam!

Sallalahu Ala Muhammad!

Sallalahu Alaihi Wassallam!

Ya Nabi Salam Alaika!

Ya Rasul Salam Alaika!

Ya Habib! Salam Alaika!

Salawatullah Alaika!


SALAM MAULIDUR RASUL BUAT SEMUA UMAT ISLAM
WARGA SK. HJ. HASAN
DAN IBUBAPA...

Semoga dengan sambutan maullidurrasul yang kita raikan ini, mengembalikan ingatan umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W . Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta dan kasih kepadanya serta mengenang kembali perjuangannya dan mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya....


Read more...

CARTA ORGANISASI PIBG SKHH

Monday, February 22, 2010


AJK GURU
  1. PN. NORHANIZA BT HJ MOHD SAUFI
  2. PN. FAUZIAH BT ABU
  3. PN. SITI HAJAR BT DON ASIP
  4. PN. SITI FATIMAH WATI BT HJ. AHMAD
  5. PN. ZAITUN BT NAWANG
AJK IBUBAPA
  1. EN. JAMIL B. BASHARUDDIN
  2. EN. ISMAIL B. DUN
  3. EN. ZAHURI B. YAHYA
  4. PN. BADARIAH BT. HJ MOHD KOSNAN
  5. PN. AISYAH BT. KASSIM

Read more...

Bengkel Pembinaan Blog PIBG














Tarikh :
23 Februari 2010
Masa :
8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat :
PKG Tapah Road




Hari ni, saya kat PKG Tapah Road... mengikuti kursus Pembangunan Komuniti Fasa ke-2 yang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Siswazah UPSI dengan kerjasama PPD Batang Padang. Seronok... saya belajar perkara baru... iaitu membuat blog.

Seramai 31 orang guru-guru sekolah rendah dan menengah khususnya SU PIBG sekolah dalam daerah Batang Padang memberi komitmen sepenuhnya untuk membina komuniti sekolah berasaskan blog.

Kursus pembinaan blog ini disampaikan oleh En Saridul, Penyelaras PKG Gopeng, Perak. Kreadibiliti beliau sememangnya diakui oleh PPD Batang Padang akan pengetahuannya dalam kursus pembinaan blog.

Sebilangan besar peserta telah mampu membina blog PIBG sekolah masing-masing sebagai bukti mudahnya pembinaan blog. Malahan blog ini juga mampu menjana komuniti sekolah dalam kalangan ibu bapa pelajar, para pelajar, guru-guru, NGO di sekitar sekolah.



Antara peserta yang mengikuti bengkel ini



Peserta sedang khusyuk menatarias blog mereka

Urusetia turut membantu dalam pembinaan blog


Turut membantu Pengarah Program Pembangunan Komuniti

Read more...