Search This Blog

JALAN-JALAN SKHH

Notis Mesyuarat Agung Kali Ke-25

Monday, March 22, 2010

Dengan Hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuarat agung SK. Hj. Hasan Kali ke-25 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh :
27.03.2010 (Sabtu)

TEMPAT :
Dewan Terbuka SK. Hj. Hasan.

Masa:
8.30 Pagi

Semua ibu bapa dan penjaga dijemput hadir.

Read more...

Majlis Sambutan Maulidurrasul Peringkat Sekolah

Friday, March 5, 2010

Pada 4 Mac 2010, Hari Khamis bersamaan 18 Rabiulawal, SK Haji Hasan dengan jayanya telah mengadakan Sambutan Maulidurrasul. Sambutan ini dimulakan dengan perarakan bacaan Selawat oleh murid-murid dan guru-guru SK Haji Hasan. Selepas itu majlis mengadakan sedikit tahlil bersempena dengan keberangkatan Puan Zakiah bt. Din ke Mekah untuk mengadakan umrah.


Program diteruskan lagi dengan forum maulidurrasul. Ahli-ahli panel forum ini terdiri daripada guru-guru pendidikan islam iaitu Puan Zaitun Bt. Nawang, Puan Siti Fatimah Wati Bt. Hj. Ahmad, En. Mohd Afizee Bin Yusoff, Puan Fatimah Bt. Hj. Ramli dan saya sendiri, Nurul Hazwani bt Basharuddin. Majlis Sambutan Maulidurrasul ini merupakan peluang dan kesempatan untuk menyebarkan sirah Rasul junjungan kita. Dengan ini, murid-murid mendapat pengetahuan dan mengingatkan mereka mengenai Rasulullah dan akhlak baginda.

Selepas Jamuan makan, aktiviti seterusnya adalah pertandingan melaungkan azan yang disertai oleh murid tahap 2, pertandingan jawi bagi tahap 1, dan pertandingan nasyid terbuka untuk tahap 2... Pertandingan yang diadakan dapat mencungkil bakat murid-murid dalam kepakaran mereka.

Acara diakhiri dengan majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Setiap peserta yang mengambil bahagian diberikan sijil penyertaan.

Pada minggu depan acara akan diteruskan lagi dengan soalan kuiz terbuka berkenaan sirah nabi.

Semoga program sebegini dapat meningkatkan kecintaan dan penghormatan buat junjungan besar NABI MUHAMMAD SALLALLAHU ALAIHI WASALLAM. Allah telah berfirman kepada Rasulullah (s.a.w) untuk mengingatkan ummatnya yang mengakui mencintai Allah, untuk mencintai NabiNya dan katakanlah kepada mereka,"Jika kamu mencintai Allah, ikutlah (dan cintai dan hormati) aku, dan Allah akan mencintai kamu" (3:31)

Perarakan Maulidurrasul



jamuan makan murid




jamuan guru



Pertandingan Melaungkan Azan


Pertandingan Membaca Jawi



Pertandingan Nasyid

Read more...